Saya ada berkonflik dengan
seorang guru. Konflik ini bermula sejak
guru tersebut memukul saya. Saya
laporkan perkara tersebut kepada guru besar.
Guru besar telah memanggil guru tersebut. Semenjak peristiwa itu guru tersebut tidak
lagi menghiraukan saya sebagai pelajarnya.
Dia tidak memeriksa buku latihan saya dan tidak lagi mahu bertanya
kepada saya apa-apa. Sejak itu sampai
hari ini saya tidak selesa dan tenteram.
Harap cikgu bantu saya. Ben
, Sabah.
JAWAPAN
Anda berani dan bijak kerana mengadu hal kepada
guru besar tentang perlakuan salah guru terhadap anda. Anda telah menjalankan hak anda sebagai
seorang pelajar. Namun kini anda berhadapan dengan masalah tindakan
susulan guru tersebut terhadap anda. Anda
sebagai pelajar berhak untuk menerima ilmu dan pendidikan sewajarnya. Antara perkara yang boleh anda pertimbangkan untuk
tindakan ialah;
i.
Pertama dapatkan penjelasan dari guru tersebut tentang ketidakadilan
layanannya terhadap anda. Kemungkinan ada rasa tidak puas hati atau
perkara-perkara lain yang ingin dia sampaikan kepada anda.
ii.
Anda juga boleh memberitahu ibu dan bapa anda untuk dibawa ke dalam
pengetahuan mesyuarat PIBG. Biarlah pihak sekolah dan PIBG dapat membincangkan
perkara ini dan tindakan yang sewajarnya dapat dilakukan. Saluran yang betul dengan cara yang betul
untuk menangani masalah ini diharap akan membawa kebaikan kepada semua pihak.
iii.
Anda boleh memberi sedikit masa lagi agar guru tersebut menyedari
kesilapannya. Oleh kerana kejadian itu
baharu saja berlaku kemungkinan guru tersebut memerlukan ruang untuk berfikir
dan membetulkan dirinya. Pada masa yang
sama anda juga boleh mendiamkan diri dengan memberi tumpuan terhadap pelajaran
anda sendiri. Anda juga boleh mendapatkan
panduan dan bimbingan guru-guru yang lain yang bersedia untuk membimbing anda
untuk sementara.
Semoga
jawapan ini dapat memberikan panduan kepada anda untuk mempertimbangkan
tindakan yang sewajarnya. Semoga anda ceria dan gembira selalu.
Artikel Selasa:
Sambungan…
Pengembangan
Diri: Belajar Untuk Kejayaan (Semasa Di Dalam Kelas)
Kelas merupakan tempat utama pelajar belajar. Sumber pendidikan berada di alam kelas. Guru-guru terlatih silih berganti masuk ke
kelas berjumpa pelajar untuk mencurah ilmu.
Kelas merupakan bilik penyaluran ilmu dari guru kepada pelajar dan dari
pelajar kepada pelajar. Berbagai
aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas. Pelajar yang tidak
mengambil peluang dan manafaat dari aktiviti kelas ini dianggap sebagai
merugikan diri sendiri. Oleh itu pelajar
perlu menumpukan perhatian dan terlibat secara aktif di dalam aktiviti kelas.
1. Mengambil
Nota
Pastikan tidak ada alat lain di atas
meja anda kecuali pen, buku tulis, buku nota dan buku teks. Buku tulis digunakan apabila ada
arahan-arahan kerja dari guru secara formal.
Mungkin guru meminta anda menulis karangan, membuat latihan berdasarkan
buku teks dan menyalin kembali apa yang ditulis dipapan hitam. Buku nota pula ialah catatan anda sepanjang
pengajaran guru di dalam kelas. Catatkan
tarikh, nama subjek, topik dan nama guru yang mengajar. Buat 2 ruang di dalam buku nota. Ruang 1
mencatatkan isi penting yang dinyatakan oleh guru dan ruang 2 ulasan atau
catatan anda terhadap isi kandungan yang disampaikan guru. Gunakan ayat-ayat
ringkas atau simbol bagi memudahkan anda mengingat dan menangkap butiran
penting.
2. Mendengar
Pengajaran Guru Secara Aktif
Mendengar secara aktif merupakan
aktiviti mendengar dengan teliti dan berfokus.
Apabila minda anda penuh sedar dan segala tumpuan diberikan kepada
pendengaran anda ketika itu maka pengajaran yang disampaikan akan masuk ke
dalam kotak ingatan anda. Dengarkan
setiap patah perkataan dan ayat yang dituturkan oleh guru. Pengulangan sebutan menandakan kepentingan
sesuatu isi. Tumpuan anda perlu bermula
dari saat guru berada di dalam kelas sehinggalah tamat. Tumpuan tidak akan berlaku jika anda masuk
lewat atau berangan-angan semasa guru menyampaikan pengajaran. Ketepikan semua masalah dan halangan-halangan. Anda kena berlatih untuk memberikan tumpuan
berfokus. Lama kelamaan anda akan biasa
dengan teknik tersebut dan ini akan memudahkan anda menerima pengajaran guru.
3. Memberi
Perhatian Kepada Pengajaran Guru
Berikan segala perhatian dan penumpuan
kepada guru yang sedang mengajar.
Tumpuan bukan sahaja diberikan kepada isi yang disampaikan tetapi juga
kepada gerak geri dan perlakuan guru.
Ekspresi muka, gerakan tangan, gerakkan badan, intonasi suara,
pengulangan kata-kata semuanya menggambarkan kesungguhan guru menyampaikan
perkara-perkara penting, dan perkara-perkara yang tersembunyi. Renungan tajam guru menggambarkan ada sesuatu
perkara penting yang sedang difikirkan, perkataan yang keluar secara perlahan
menggambarkan isi penting yang relevan dengan subjek yang diajar. Penumpuan anda juga dapat mempengaruhi dan memberikan
kekuatan dan motivasi kepada guru untuk menyampaikan isi pelajaran dengan lebih
tekun lagi.
4. Aktif
Di dalam Kelas
Aktif di dalam kelas bermaksud anda
melibatkan diri di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Anda memberi tumpuan kepada guru, anda
memberi jawapan kepada soalan guru, anda menyoal soalan yang anda kurang pasti,
anda memberi jawapan kepada soalan pelajar lain, anda memberi cadangan dan pendapat dan
seumpamanya. Anda perlu tahu bila anda
perlu bertanya dan tahu apakah soalan yang anda ingin tanyakan. Kelas akan menjadi aktif dan ceria apabila
pelajar dan guru dapat bekerjasama di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Seorang pelajar perlu
bersedia dari rumah lagi tentang subjek yang dipelajari pada hari itu. Anda kena membuat “review” dan “preview” agar
topik yang diajar pada hari itu tidak asing lagi bagi anda dan anda telah
bersedia untuk belajar topik itu pada hari itu.
No comments:
Post a Comment