Tahun ini saya akan menghadapi peperiksaan PMR. Saya dianggap anak harapan di dalam 4 orang
adik beradik. Masalahnya sekarang ialah tingkahlaku
abang saya mengganggu aktiviti saya untuk belajar dan memberi tumpuan terhadap
pelajaran. Senang cerita abang saya penagih dadah. Dulu keluarga kami bahagia tetapi selepas dia
terlibat dengan penagihan dadah semuanya telah hancur.
Dia sering mencuri duit ayah dan sering bergaduh
dengan ahli keluarga yang lain. Ayah
saya juga telah buntu bagaimana menangani masalah abang saya. Apabila abang dan ayah bergaduh satu rumah
akan terlibat. Saya akan masuk ke bilik
dan terus tidur. Saya juga tertekan, buntu
dan saya rasa macam berputus asa untuk duduk di rumah ini. Saya tidak tahu lagi apa hendak buat
sehinggalah saya terbaca kolum tuan di akhbar ini. Harap tuan dapat bantu saya.
Siti Atiqah, Kuala Lumpur.
JAWAPAN
Berhadapan dengan abang yang menagih dadah membuatkan anda rasa
tertekan, bosan dan ingin lari dari pemasalahan ini. Lebih-lebih lagi anda rasa tertekan apabila
anda perlu berhadapan dengan peperiksaan yang penting pada tahun ini. Semoga di dalam ruangan ini pemasalahan anda
dapat difikirkan, dipertimbang, dirungkai dan diharap dapat memberikan anda kekuatan,
ketabahan dan kesabaran untuk berhadapan dengan senario ini.
Ada dua perkara yang
boleh anda fikirkan untuk tindakan;