About Me

My photo
KL, WP, Malaysia
Lahir di Johor Baharu. Pendidikan awal dan menengah di Rembau dan Muar. Profesion sebagai pensyarah dan kaunselor. Kini menjawab pemasalahan orang ramai dan pelajar melalui laman web http://e-kaunseling2005.tripod.com dan http://ramlanhamzah.com Jika ada apa-apa pemasalahan yang ingin dikongsi secara profesional sila layari laman saya di atas. Boleh hubungi saya melalui ramlan2000@yahoo.com.

Monday, August 13, 2012

Saya ketagih dengan FB (Facebook)



Hari-hari saya akan membuka komputer saya. Saya rasa tanpa Facebook hidup saya tidak sempurna. Jika ibu saya menegur saya atau menutup talian komputer saya, saya rasa hidup saya tidak sempurna. Apa yang saya buat semua salah belaka. Saya tidak boleh memberi tumpuan kepada pelajaran dan saya akan mengurung diri di dalam bilik. Adakah saya ketagih dengan Facebook?
                                                                                       Adi Rusli MS, Kelang

Jawapan:
Ada beberapa perkara yang anda nyatakan di dalam pemasalahan anda. Pertama anda merasakan tanpa Facebook hidup anda tidak sempurna.
  Kedua jika ibu atau bapa menegur anda berkaitan dengan kegiatan anda dengan komputer, anda juga merasakan hidup anda kurang sempurna dan anda tidak dapat menumpukan kepada pelajaran dan anda akan mengurungkan diri di dalam bilik. Anda keliru sama ada tabiat anda betul atau anda ketagih dengan facebook.
Selepas meneliti kesemua fakta di atas, satu perkara yang dapat saya kesan iaitu sikap anda terhadap facebook telah mempengaruhi tingkahlaku anda terhadap persekitaran anda.  Anda telah meletakkan syarat yang tidak munasabah kepada diri anda sendiri. Contohnya, jika saya tidak dapat menggunakan komputer “hidup saya tidak berguna”. “Hidup saya tidak berguna” ialah syarat yang tidak munasabah yang anda berikan kepada diri anda jika anda tidak dapat menggunakan komputer.  Anda boleh mengubah syarat tersebut kepada; jika saya tidak dapat menggunakan komputer, “saya akan mengemas bilik saya hingga bersih”.  Syarat yang anda letakkan boleh diubah-ubah mengikut kesesuaian anda. Perkara ini bagi mengelakkan anda “terlekat” di dalam zon yang sangat menyeronokan sepanjang masa sehinggakan timbul rasa ketagih anda terhadap zon tersebut.
Jika anda telah dapat mengawal sikap dan tingkahlaku anda terhadap komputer atau facebook dengan sendirinya masalah anda dengan ibu bapa akan selesai.  Ibu bapa hanya ingin melihat anda tidak ketagih dan bergantung kepada komputer atau facebook.  Bagi saya, tidak ada silapnya dengan komputer dan juga facebook.  Perkara yang perlu diberi perhatian ialah tentang fikiran, perasaan dan tingkahlaku anda terhadap komputer dan facebook.  Seterusnya anda tidak perlu meletakan syarat yang tidak munasabah jika keinginan anda tidak dipenuhi.
Sekian. Terima kasih.  

ARTIKEL MINGGUAN
Perkembangan Diri:
Tips Bagaimana Anda Sebagai Pelajar Dapat Menggunakan Facebook Dengan Berkesan
Komputer dicipta adalah untuk kebaikan dan kemudahan manusia. Program yang wujud di dalam komputer juga adalah untuk tujuan yang sama, khususnya program Facebook yang sangat popular sekarang ini. Di antara faedah yang boleh dinikmati oleh pengguna facebook ialah sebagai alat interaksi di antara seorang individu atau kumpulan individu dengan individu dan kumpulan individu yang lain.  Program facebook juga boleh mempertemukan dua sahabat yang telah lama tidak bersua.  Ia juga boleh mempertemukan keluarga yang telah terpisah jauh.  Jika dilihat dari segi kebaikannya memang tidak dapat dihitung banyaknya.  Namun terdapat keburukan jika penggunaannya tidak dikawal dengan baik.  Artikel kali ini akan memberikan tips bagaimana pelajar dapat menggunakan facebook dengan baik. Gunakanlah facebook sebagai alat untuk berkomunikasi dan alat untuk belajar. Di bawah ini disertakan 10 tips bagaimana facebook dapat berperanan sebagai alat belajar yang berkesan.
1.    Wujudkan kumpulan belajar
Pilih sahabat anda yang boleh diajak untuk berbincang tentang pelajaran di dalam facebook.
2.    Jadual waktu.
Wujudkan dan rancang jadual waktu perbincangan dari awal semester sehingga akhir semester.
3.    Berkongsi mesej dan multimedia.
Anda boleh berkongsi mesej, foto, video klip, lagu dan seumpamanya berkaitan pelajaran.
4.    Berkongsi Nota.
Mata pelajaran yang telah dipelajari boleh dibincangkan semula melalui nota-nota yang dikirim.
5.    Komunikasi dengan guru.
Pelajar boleh berhubung dengan guru untuk membuat rujukan tertentu.
6.    Pelajar pemalu.
Tidak semua pelajar aktif di dalam kelas disebabkan oleh tret personaliti mereka yang berbeza. Pelajar yang introvert (pendiam, pemalu) boleh menggunakan ruang facebook untuk berinteraksi dengan lebih berkesan.
7.    Kumpulan besar.
Kumpulan besar boleh diwujudkan dengan “tag” pelajar-pelajar dari kelas atau sekolah lain. Tumpuan harus kepada aktiviti pembelajaran dan pengalaman sekolah sahaja.
8.    Pengumuman.
Guru boleh membuat pengumuman melalui facebook jika terdapat aktiviti atau perubahan aktiviti dari masa ke masa.
9.    Kongsi laman.
Pelajar yang menjumpai laman yang menarik dan berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari boleh dikongsi bersama dengan pelajar lain.
10. Kerja rumah.
Kerja rumah juga boleh diposkan di dalam facebook. Ini akan memudahkan pelajar untuk merujuk kerja rumah yang diberi jika mereka terlupa.

No comments:

Post a Comment