Salam,
Atas permintaan ramai, blog ini akan diaktifkan semula tidak lama lagi. Terima kasih.
http://ramlanhamzah.com/
https://www.facebook.com/Dr.Ramlan.Hamzah
Terima kasih atas sokongan anda.
About Me
- Dr Ramlan Hamzah (Kaunselor Berdaftar)
- KL, WP, Malaysia
- Lahir di Johor Baharu. Pendidikan awal dan menengah di Rembau dan Muar. Profesion sebagai pensyarah dan kaunselor. Kini menjawab pemasalahan orang ramai dan pelajar melalui laman web http://e-kaunseling2005.tripod.com dan http://ramlanhamzah.com Jika ada apa-apa pemasalahan yang ingin dikongsi secara profesional sila layari laman saya di atas. Boleh hubungi saya melalui ramlan2000@yahoo.com.
Tuesday, September 24, 2013
Sunday, August 4, 2013
Keluarga
Berantakan, Jiwa Saya Memberontak
Saya adalah seorang pelajar dan remaja yang cukup bermasalah.
Masalah ini datang kerana jiwa saya memberontak. Saya dibesarkan ibu yang
bekerja siang dan malam sehingga saya rasakan kurang perhatian. Ayah entah
ke mana. Menumpang di rumah nenek menjadikan kami sangat tertekan kerana
tiap kali bapa saudara (adik beradik ibu) pulang kami adik beradik akan dicaci
maki. Ada saja yang tidak kena di mata mereka. Tidak pernah
mendengar pujian. Nenek pula jika adanya mereka, sangatlah gembira,
mengagungkan mereka. Kami hanya memandang. Oleh kerana sangat tertekan,
saya membawa langkah mengikut kawan-kawan. Hati saya lebih senang bersama
mereka. Walaupun tahu akan kesilapan, tapi saya tetap mengikut kawan yang
merokok. Seawal usia 14 tahun saya telah merokok. Ketika UPSR saya tidak
mendapat keputusan yang baik. Di sekolah sering menimbulkan masalah, saya
tahu itu salah tapi kerana mahukan perhatian saya tetap lakukan juga.
Sehingga PMR keputusan juga tidak memberangsangkan tapi saya telah diterima di
sekolah menengah teknik. Di sana pun saya buat masalah, ponteng kelas dan
sebagainya. Bantulah saya untuk berubah. Apakah saya perlu luahkan
apa yang terbuku di hati ini kepada ibu? Apa yang saya patut lakukan kerana
saya juga ingin mempunyai masa depan yang cemerlang?
Nuraminah
Mokhtar, Selangor.
Banyak perkara yang anda tuliskan di dalam e-mel
ini. Saya dapat merasakan kejujuran anda
di dalam peluahan perasaan anda melalui tulisan. Walaupun berat perkara yang anda pikul,
banyak perkara yang anda lalui, namun
ayat terakhir anda ialah “saya ingin juga mempunyai masa depan yang cemerlang”.
Ayat terakhir itu merupakan ubat penawar luka anda dan penyuntik semangat untuk
anda bangun dan memperbaiki keadaan yang berlaku di dalam perjalanan hidup
anda. Pengalaman perjalanan hidup anda
telah membuatkan anda matang untuk berfikir dan membuat pertimbangan untuk
membetulkan diri lalu menulis kepada saya untuk meminta bimbingan. Insyallah,
usaha anda menulis kepada saya dan meminta bimbingan merupakan usaha yang akan membawa
kejayaan anda nanti.
Ada empat perkara pokok yang anda
nyatakan;
Saturday, August 3, 2013
Mana Satu, Belajar atau Berkawan?
Assalamualaikum,
Saya seorang pelajar
di sebuah sekolah berasrama penuh. Masalah
saya ialah saya tidak pandai membahagikan masa belajar dan masa dengan kawan-kawan. Maklumlah saya ini pelajar asrama, jadi saya
telah menetapkan waktu di bilik asrama adalah masa untuk saya menghilangkan
stress dan di kelas adalah masa saya untuk
belajar. Tetapi malangnya, di kelas pembelajaran saya terganggu kerana
saya terasa hati dengan kawan saya kerana mereka lebih rapat dengan kembar saya
sehingga boleh menghilangkan fokus saya dalam kelas kerana memikirkan hal
ini. Saya juga kurang meluangkan masa
untuk berbual dengan kawan saya untuk membincangkan perkara-perkara luar
melainkan hanya tentang pelajaran sahaja oleh itu, kawan saya melabel saya sebagai
seorang yang 'nerd' dan pendiam. Saya
takut untuk bersosial kerana takut ketinggalan dalam pelajaran lebih-lebih lagi
saya pelajar yang berjawatan. Harap
Dr. dapat meringankan masalah saya
ini. Terima kasih.
Super Nova
Gurl, Selangor
Waalaikum
salam, semoga diri anda di dalam kesejahteraan. Melalui pernyataan masalah yang
anda nyatakan anda mengakui kurang mahir untuk membahagikan masa belajar dan
masa untuk bersosial (bergaul) dengan rakan-rakan. Hasilnya anda merasakan
bahawa anda kurang berbual dan kurang bercampur dengan rakan-rakan sehinggakan
mereka menganggap anda sebagai “nerd” atau ulat buku. Anda juga telah hilang kemahiran untuk
berkomunikasi dengan rakan-rakan. Bukan itu sahaja malah anda juga menganggap
berkawan akan menjejaskan prestasi pembelajaran anda.
Meniru … Demi Kasih Sayang Ibu bapa
Saya
belajar di tingkatan 2 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Ibu dan ayah saya mengharapkan saya menjadi
pelajar yang cemerlang. Berbanding
dengan adik beradik saya yang lain, saya dianggap sebagai lemah. Ibu dan bapa saya sayang kepada adik beradik
yang lain tetapi bukan saya. Untuk
mendapat keputusan yang baik agar disayangi ayah dan ibu, saya telah meniru semasa di dalam peperiksaan. Mungkin nasib saya kurang baik, baru-baru ini
saya ditangkap meniru di dalam peperiksaan.
Selepas itu saya telah menjadi bahan perbualan rakan dan guru. Mereka menyindir, perli dan mengutuk
saya. Walaupun ibu bapa saya tidak
mengetahui akan hal ini tetapi saya takut mereka akan tahu dan teruklah saya nanti. Bagaimana saya dapat mengembalikan
kepercayaan kawan-kawan saya. Saya
berharap cikgu kaunselor dapat membantu saya.
Terima kasih.
Mohd
Fadhil, Kuala Lumpur
JAWAPAN
Meniru di
dalam peperiksaan merupakan perbuatan yang salah. Anda telah mendapat hukuman terhadap
perbuatan salah itu. Punca segala peristiwa yang berlaku adalah
disebabkan keinginan anda untuk disayangi ibu dan bapa anda kerana mereka ingin
melihat anda cemerlang dan berjaya dalam pelajaran. Hasrat ibu dan ayah anda agar anda berjaya
adalah murni. Hasrat anda juga murni
untuk berjaya di dalam pelajaran cuma cara anda untuk mendapatkan keputusan
terbaik itu sahaja yang salah. Dalam
hal ini ada 2 perkara penting yang boleh dipertimbangkan.
Guru Memulaukan Saya…
Saya ada berkonflik dengan
seorang guru. Konflik ini bermula sejak
guru tersebut memukul saya. Saya
laporkan perkara tersebut kepada guru besar.
Guru besar telah memanggil guru tersebut. Semenjak peristiwa itu guru tersebut tidak
lagi menghiraukan saya sebagai pelajarnya.
Dia tidak memeriksa buku latihan saya dan tidak lagi mahu bertanya
kepada saya apa-apa. Sejak itu sampai
hari ini saya tidak selesa dan tenteram.
Harap cikgu bantu saya. Ben
, Sabah.
JAWAPAN
Anda berani dan bijak kerana mengadu hal kepada
guru besar tentang perlakuan salah guru terhadap anda. Anda telah menjalankan hak anda sebagai
seorang pelajar. Namun kini anda berhadapan dengan masalah tindakan
susulan guru tersebut terhadap anda. Anda
sebagai pelajar berhak untuk menerima ilmu dan pendidikan sewajarnya. Antara perkara yang boleh anda pertimbangkan untuk
tindakan ialah;
Gadis Di Pinggirkan Kerana Kepandaiannya…
Saya merupakan pelajar tingkatan
2 sedang mengalami satu masalah berkaitan dengan kawan-kawan kelas saya. Untuk pengetahuan tuan kaunselor saya
merupakan pelajar yang sering mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan
dan boleh dikatakan saya merupakan pelajar kesukaan ramai guru. Oleh sebab kejayaan yang saya peroleh dan
hubungan rapat saya antara guru menyebabkan kawan-kawan kelas saya sering
mencemburui saya sehinggalah mereka meminggirkan saya setiap kali kami membuat
perbincangan dan pembentangan. Saya
tidak pernah berbuat jahat dengan mereka. Lazimnya saya sering bersendirian kerana tiada
siapa mahu berkawan dengan saya. Peliknya, mereka akan berbuat baik dengan
saya apabila tiba minggu-minggu persediaan menghadapi peperiksaan kerena mereka
meminta saya mengajar mereka pelajaran yang mereka kurang faham. Saya bukanlah orang yang kedekut ilmu,
walaupun mereka menyingkirkan saya saya tetap mengajar kepada mereka dengan
hati yang terbuka, tetapi selepas tamat sahaja minggu belajar atau selesai
peperiksaan, mereka masih tidak dapat menerima saya sebagai kawan mereka. Apa salah saya tuan kaunselor? Takkanlah
disebabkan kejayaan saya dalam pelajaran mereka tidak boleh menerima saya.
Adakah mereka akan menerima saya apabila
saya merosot di dalam pelajaran atau mereka suka melihat hubungan saya dengan
guru renggang? Saya tidak faham mengapa
perkara ini terjadi di dalam hidup saya.
Adakah saya perlu berpindah? Saya
sangat berharap agar tuan kaunselor dapat membantu saya dalam hal ini.
Ellyza
Ismail, Seremban.
JAWAPAN
Melalui pernyataan
anda dapat saya fahami bahawa anda merupakan pelajar cemerlang di sekolah dan
anda juga mempunyai perhubungan yang baik dan rapat dengan guru-guru anda. Namun begitu terdapat beberapa perkara yang
merungsingkan anda sehinggakan anda keliru terhadap nilai sebuah persahabatan
dengan rakan-rakan anda.
Friday, May 17, 2013
Bosan Dengan Guru Garang dan Suka Berleter
Saya belajar di tingkatan 4 sekolah
menengah di Perak. Saya agak kecewa
dengan guru biologi dan guru Matematik Tambahan. Cara mereka mengajar membuatkan saya
bosan. Cikgu biologi saya asyik berleter
tentang pelajar di dalam kelas. Sebelum
mengajar biasanya dia akan berleter panjang.
Banyak masa dibuang dengan berleter sahaja. Kadang-kadang kami tidak melakukan apa-apa
kesalahanpun tetapi cikgu asyik sahaja cuba mencari masalah kami. Cikgu matematik tambahan pula sangat garang
di dalam kelas. Kami sekelas terpaksa
memendam perasaan sahaja. Saya rungsing
dan takut sekiranya kefahaman terhadap mata pelajaran ini akan bertambah
lemah. Saya khuatir keputusan
peperiksaan SPM saya akan terjejas.
Rosalinda,
Ipoh Perak.
Saya simpati terhadap masalah yang
anda hadapi. Lebih-lebih lagi tahun
hadapan anda akan berhadapan dengan peperiksaan yang besar. Mujurlah anda tersedar dan dapat mengesan hal
ini dari awal moga-moga dalam ruangan ini dapat kita sama-sama berkongsi untuk
membetulkan keadaan dari menjadi semakin lebih parah.
Berpindah Sekolah Membuat Saya Gelisah
Tahun ini saya
akan memulakan musim persekolahan di sekolah baharu kerana ayah saya telah
berpindah tempat kerja. Saya mula rasa
takut dan rasa tidak selesa untuk berada di sekolah baharu, lebih-lebih lagi
sekolah baharu saya ini berada di kawasan luar bandar. Kawan-kawan saya ramai di sekolah lama saya
(di bandar), ini bermakna saya akan kehilangan mereka dan saya juga terpaksa
berhadapan dengan suasana baharu dan rakan-rakan baharu. Persoalannya sekarang bagaimana saya dapat
menyesuaikan diri dalam persekitaran dan suasana yang baharu ini. Saya juga khuatir tentang akademik saya
kerana saya dapati tempat kediaman saya yang baharu ini tidak ada kelas tusyen
untuk membantu saya di dalam persediaan untuk peperiksaan SPM pada tahun
ini. Apakah kebaikan jika saya berpindah
ke tempat yang baharu? Saya harap pihak tuan dapat memberikan panduan dan
nasihat berkaitan perkara ini.
Syarifah
Syakirah Syed Yahya, Perak.
Jawapan:
Terdapat 3
perkara yang menjadi pokok kerisauan anda.
Pertama anda berasa risau dan tidak selesa untuk berada di persekitaran
sekolah baharu yang berada di kawsan luar bandar. Kedua, anda tidak berasa selesa kerana akan
kehilangan kawan-kawan lama dan rasa kurang selesa untuk memulakan perhubungan
dengan kawan-kawan baharu. Ketiga, anda
tidak selesa untuk bersedia dan berhadapan dengan peperiksaan SPM pada tahun
ini memandangkan tiada tempat tuisyen untuk membantu anda di dalam
pelajaran.
Kecewa Keputusan PMR Tidak Cemerlang
Saya baharu saja
mendapat keputusan PMR. Keputusan PMR saya tidak memberangsangkan. Saya
mendapat 4A, 3B dan 1D. Saya kecewa dengan keputusan ini kerana keluarga saya mengkritik
dan memandang rendah kepada saya dan
kawan-kawan saya juga memandang rendah kepada saya. Dalam peperiksaan percubaan tempuh hari,
keputusan saya lebih baik dari keputusan sebenar. Bagaimanakah saya dapat membuang rasa rendah
diri ini. Harap tuan dapat membantu. Zaid
Azizi, P. Pinang.
Jawapan
Salam dan
selamat sejahtera.
Terlebih dahulu
pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada
semua warga pelajar yang saya kasihi.
Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih cemerlang berbanding
tahun-tahun yang lalu. Selamat belajar
dan selamat menuntut ilmu.
Sunday, February 10, 2013
Keliru Identiti Diri
Saya merupakan ibu tunggal yang mempunyai tiga orang
anak, seorang anak lelaki dan dua anak perempuan. Perkara yang menjadi kemusykilan saya ialah
anak lelaki saya mempunyai perwatakan yang lembut dan saya khuatir dia akan
menjadi bapok atau pondan semasa dewasa nanti.
Ramai kawan-kawan saya yang memberitahu bahawa tingkahlaku anak saya
kini cenderung untuk menjadi seperti itu.
Saya sebagai ibu tunggal sangat risau dengan hal ini maka saya ingin
bantuan dari tuan untuk tahu apakah punca dan bagaimanakah cara saya dapat
mengatasi masalah ini. Terima kasih.
Rogayah Hussein, Pahang.
Jawapan:
Kebelakangan ini saya mendapat beberapa e-mel bertanyakan pemasalahan isu “lembut”
dari ibu bapa yang khuatir tentang kecendrungan anak-anak terhadap gejala
ini. Saya harap maklum balas saya ini
dapat membantu Pn Rogayah dan juga ibu bapa yang lain yang mempunyai masalah
yang sama.
Subscribe to:
Posts (Atom)