Keluarga
Berantakan, Jiwa Saya Memberontak
Saya adalah seorang pelajar dan remaja yang cukup bermasalah.
Masalah ini datang kerana jiwa saya memberontak. Saya dibesarkan ibu yang
bekerja siang dan malam sehingga saya rasakan kurang perhatian. Ayah entah
ke mana. Menumpang di rumah nenek menjadikan kami sangat tertekan kerana
tiap kali bapa saudara (adik beradik ibu) pulang kami adik beradik akan dicaci
maki. Ada saja yang tidak kena di mata mereka. Tidak pernah
mendengar pujian. Nenek pula jika adanya mereka, sangatlah gembira,
mengagungkan mereka. Kami hanya memandang. Oleh kerana sangat tertekan,
saya membawa langkah mengikut kawan-kawan. Hati saya lebih senang bersama
mereka. Walaupun tahu akan kesilapan, tapi saya tetap mengikut kawan yang
merokok. Seawal usia 14 tahun saya telah merokok. Ketika UPSR saya tidak
mendapat keputusan yang baik. Di sekolah sering menimbulkan masalah, saya
tahu itu salah tapi kerana mahukan perhatian saya tetap lakukan juga.
Sehingga PMR keputusan juga tidak memberangsangkan tapi saya telah diterima di
sekolah menengah teknik. Di sana pun saya buat masalah, ponteng kelas dan
sebagainya. Bantulah saya untuk berubah. Apakah saya perlu luahkan
apa yang terbuku di hati ini kepada ibu? Apa yang saya patut lakukan kerana
saya juga ingin mempunyai masa depan yang cemerlang?
Nuraminah
Mokhtar, Selangor.
Banyak perkara yang anda tuliskan di dalam e-mel
ini. Saya dapat merasakan kejujuran anda
di dalam peluahan perasaan anda melalui tulisan. Walaupun berat perkara yang anda pikul,
banyak perkara yang anda lalui, namun
ayat terakhir anda ialah “saya ingin juga mempunyai masa depan yang cemerlang”.
Ayat terakhir itu merupakan ubat penawar luka anda dan penyuntik semangat untuk
anda bangun dan memperbaiki keadaan yang berlaku di dalam perjalanan hidup
anda. Pengalaman perjalanan hidup anda
telah membuatkan anda matang untuk berfikir dan membuat pertimbangan untuk
membetulkan diri lalu menulis kepada saya untuk meminta bimbingan. Insyallah,
usaha anda menulis kepada saya dan meminta bimbingan merupakan usaha yang akan membawa
kejayaan anda nanti.
Ada empat perkara pokok yang anda
nyatakan;