About Me

My photo
KL, WP, Malaysia
Lahir di Johor Baharu. Pendidikan awal dan menengah di Rembau dan Muar. Profesion sebagai pensyarah dan kaunselor. Kini menjawab pemasalahan orang ramai dan pelajar melalui laman web http://e-kaunseling2005.tripod.com dan http://ramlanhamzah.com Jika ada apa-apa pemasalahan yang ingin dikongsi secara profesional sila layari laman saya di atas. Boleh hubungi saya melalui ramlan2000@yahoo.com.

Saturday, August 3, 2013

Mana Satu, Belajar atau Berkawan?




Assalamualaikum,

Saya seorang pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh.  Masalah saya ialah saya tidak pandai membahagikan masa belajar dan masa dengan kawan-kawan.  Maklumlah saya ini pelajar asrama, jadi saya telah menetapkan waktu di bilik asrama adalah masa untuk saya menghilangkan stress dan di kelas adalah masa saya untuk  belajar. Tetapi malangnya, di kelas pembelajaran saya terganggu kerana saya terasa hati dengan kawan saya kerana mereka lebih rapat dengan kembar saya sehingga boleh menghilangkan fokus  saya dalam kelas kerana memikirkan hal ini.  Saya juga kurang meluangkan masa untuk berbual dengan kawan saya untuk membincangkan perkara-perkara luar melainkan hanya tentang pelajaran sahaja oleh itu, kawan saya melabel saya sebagai seorang yang 'nerd' dan pendiam.  Saya takut untuk bersosial kerana takut ketinggalan dalam pelajaran lebih-lebih lagi saya pelajar yang berjawatan.  Harap Dr.  dapat meringankan masalah saya ini.   Terima kasih.

Super Nova Gurl,  Selangor
Waalaikum salam, semoga diri anda di dalam kesejahteraan. Melalui pernyataan masalah yang anda nyatakan anda mengakui kurang mahir untuk membahagikan masa belajar dan masa untuk bersosial (bergaul) dengan rakan-rakan. Hasilnya anda merasakan bahawa anda kurang berbual dan kurang bercampur dengan rakan-rakan sehinggakan mereka menganggap anda sebagai “nerd” atau ulat buku.  Anda juga telah hilang kemahiran untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan. Bukan itu sahaja malah anda juga menganggap berkawan akan menjejaskan prestasi pembelajaran anda.

Meniru … Demi Kasih Sayang Ibu bapa

Saya belajar di tingkatan 2 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.  Ibu dan ayah saya mengharapkan saya menjadi pelajar yang cemerlang.  Berbanding dengan adik beradik saya yang lain, saya dianggap sebagai lemah.  Ibu dan bapa saya sayang kepada adik beradik yang lain tetapi bukan saya.  Untuk mendapat keputusan yang baik agar disayangi ayah dan ibu,  saya telah meniru semasa di dalam peperiksaan.  Mungkin nasib saya kurang baik, baru-baru ini saya ditangkap meniru di dalam peperiksaan.  Selepas itu saya telah menjadi bahan perbualan rakan dan guru.  Mereka menyindir, perli dan mengutuk saya.   Walaupun ibu bapa saya tidak mengetahui akan hal ini tetapi saya takut mereka akan tahu dan teruklah saya nanti.  Bagaimana saya dapat mengembalikan kepercayaan kawan-kawan saya.  Saya berharap cikgu kaunselor dapat membantu saya.  Terima kasih.                                                                                         
                                                                                  Mohd Fadhil, Kuala Lumpur

JAWAPAN
Meniru di dalam peperiksaan merupakan perbuatan yang salah.  Anda telah mendapat hukuman terhadap perbuatan salah itu.    Punca segala peristiwa yang berlaku adalah disebabkan keinginan anda untuk disayangi ibu dan bapa anda kerana mereka ingin melihat anda cemerlang dan berjaya dalam pelajaran.  Hasrat ibu dan ayah anda agar anda berjaya adalah murni.  Hasrat anda juga murni untuk berjaya di dalam pelajaran cuma cara anda untuk mendapatkan keputusan terbaik itu sahaja yang salah.   Dalam hal ini ada 2 perkara penting yang boleh dipertimbangkan. 

Guru Memulaukan Saya…

Saya ada berkonflik dengan seorang guru.  Konflik ini bermula sejak guru tersebut memukul saya.  Saya laporkan perkara tersebut kepada guru besar.  Guru besar telah memanggil guru tersebut.  Semenjak peristiwa itu guru tersebut tidak lagi menghiraukan saya sebagai pelajarnya.  Dia tidak memeriksa buku latihan saya dan tidak lagi mahu bertanya kepada saya apa-apa.  Sejak itu sampai hari ini saya tidak selesa dan tenteram.  Harap cikgu bantu saya.                                                                                                                                                                                                                                Ben , Sabah.

JAWAPAN

Anda berani dan bijak kerana mengadu hal kepada guru besar tentang perlakuan salah guru terhadap anda.  Anda telah menjalankan hak anda sebagai seorang pelajar.  Namun kini  anda berhadapan dengan masalah tindakan susulan guru tersebut terhadap anda.  Anda sebagai pelajar berhak untuk menerima ilmu dan pendidikan sewajarnya.  Antara perkara yang boleh anda pertimbangkan untuk tindakan ialah;

Gadis Di Pinggirkan Kerana Kepandaiannya…


Saya merupakan pelajar tingkatan 2 sedang mengalami satu masalah berkaitan dengan kawan-kawan kelas saya.  Untuk pengetahuan tuan kaunselor saya merupakan pelajar yang sering mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan boleh dikatakan saya merupakan pelajar kesukaan ramai guru.  Oleh sebab kejayaan yang saya peroleh dan hubungan rapat saya antara guru menyebabkan kawan-kawan kelas saya sering mencemburui saya sehinggalah mereka meminggirkan saya setiap kali kami membuat perbincangan dan pembentangan.  Saya tidak pernah berbuat jahat dengan mereka.  Lazimnya saya sering bersendirian kerana tiada siapa mahu berkawan  dengan saya.  Peliknya, mereka akan berbuat baik dengan saya apabila tiba minggu-minggu persediaan menghadapi peperiksaan kerena mereka meminta saya mengajar mereka pelajaran yang mereka kurang faham.  Saya bukanlah orang yang kedekut ilmu, walaupun mereka menyingkirkan saya saya tetap mengajar kepada mereka dengan hati yang terbuka, tetapi selepas tamat sahaja minggu belajar atau selesai peperiksaan, mereka masih tidak dapat menerima saya sebagai kawan mereka.  Apa salah saya tuan kaunselor? Takkanlah disebabkan kejayaan saya dalam pelajaran mereka tidak boleh menerima saya. Adakah  mereka akan menerima saya apabila saya merosot di dalam pelajaran atau mereka suka melihat hubungan saya dengan guru renggang?  Saya tidak faham mengapa perkara ini terjadi di dalam hidup saya.  Adakah saya perlu berpindah?  Saya sangat berharap agar tuan kaunselor dapat membantu saya dalam hal ini.
                                                                                                                                                                                                                  Ellyza Ismail, Seremban.             
JAWAPAN
Melalui pernyataan anda dapat saya fahami bahawa anda merupakan pelajar cemerlang di sekolah dan anda juga mempunyai perhubungan yang baik dan rapat dengan guru-guru anda.  Namun begitu terdapat beberapa perkara yang merungsingkan anda sehinggakan anda keliru terhadap nilai sebuah persahabatan dengan rakan-rakan anda.