About Me

My photo
KL, WP, Malaysia
Lahir di Johor Baharu. Pendidikan awal dan menengah di Rembau dan Muar. Profesion sebagai pensyarah dan kaunselor. Kini menjawab pemasalahan orang ramai dan pelajar melalui laman web http://e-kaunseling2005.tripod.com dan http://ramlanhamzah.com Jika ada apa-apa pemasalahan yang ingin dikongsi secara profesional sila layari laman saya di atas. Boleh hubungi saya melalui ramlan2000@yahoo.com.

Tuesday, July 31, 2012

Tidak Tahu Bergaul


Tidak Tahu Berkawan
Saya tidak mempunyai ramai kawan di sekolah.  Saya tertekan dengan keadaan ini kerana saya ingin mempunyai ramai kawan, tetapi tidak tahu bagaimana caranya.  Apabila saya pergi ke sesuatu tempat yang baharu, saya akan jadi fobia dan takut untuk memulakan perbualan. Di sekolah saya dianggap sebagai sombong dan kera sumbang. Tolong bantu saya. Terima kasih.
                                                                                                         Hisham Mansor, Sg. Petani

Jawapan.
Terima kasih kerana berkongsi masalah dengan saya. Semoga diri anda di dalam rahmat Allah.  Dalam teks, anda menyatakan anda seorang pendiam dan anda tidak mempunyai kawan. Anda juga dianggap oleh orang lain sebagai kera sumbang atau sombong. Untuk mencari kawan anda perlu mengubah keadaan sikap dan sifat diri anda yang lama kepada sikap dan sifat diri anda yang baru. 
Berikut merupakan panduan bagaimana anda dapat memenangi hati dan perasaan orang lain.  Pertama, untuk orang lain berminat dengan anda, anda perlu menunjukkan minat kepada orang lain. Untuk menghendaki orang lain menegur anda anda perlu tegur orang itu dulu.  Contoh anda memberi salam kepada orang lain, pastinya orang itu akan membalas salam anda.
Kedua, anda memberi senyuman kepada orang lain, maka orang lain akan berasa selesa dengan anda. Senyuman merupakan hadiah yang paling istemewa diberikan oleh Allah kepada kita.  Dengan senyuman banyak masalah boleh diselesaikan.  Bayangkan jika tiada senyuman di dunia ini. Tiada senyuman bermakna tiada kemesraan dan tiada kawan-kawan. 
Ketiga, ingatkan nama-nama rakan anda. Apabila anda memanggil seseorang dengan nama sebenar, ini memberi erti bahawa anda mengenali mereka dan ingat nama-nama mereka.  Contohnya guru yang memanggil dan menyebut nama anda di dalam kelas bermakna guru tersebut mengingati anda dan sudah tentu anda berasa gembira apabila ada guru yang ingat nama anda.  Perkara ini penting kerana untuk mengingat nama-nama rakan bukan kerja yang mudah. 
Keempat, jadilah pendengar yang baik. Adakalanya kita hanya ingin bercakap tentang diri kita tetapi bagaimana pula diri orang yang berada di hadapan kita.  Dia juga ingin didengari.  Pelajar yang mempunyai ramai kawan adalah terdiri dari mereka yang boleh menyatakan fikirannya dan yang boleh mendengar pandangan orang lain.  Jadikan orang yang kita bercakap itu penting. Hormati pandangannya, dengar apa yang cuba dinyatakan olehnya dan jangan cepat-cepat potong sebelum ayatnya habis.  Semoga panduan di atas dapat membantu anda memenangi hati kawan-kawan anda. 

No comments:

Post a Comment